Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paul Low pertahan pasukan petugas khas
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 12:10 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low mempertahankan pasukan petugas khas yang menerima kritikan kerana didakwa bertindak untuk menggulingkan kerajaan.

Low juga memberi jaminan bahawa pasukan yang menyiasat 1MDB itu diberi ruang untuk menjalankan siasatan sehingga mendapat jawapan sewajarnya.

"Saya dibawa masuk ke Kabinet Persekutuan secara khusus untuk mempromosi tatakelola yang baik serta ketelusan dan kebertanggungjawab kerajaan.

“Selari dengan mandat ini, saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa saya akan tetap mempertahankan institusi ini dan para pegawainya.

“Saya akan pastrikan mereka akan dibenarkan menjalankan siasatan sehinggalah satu kesimpulan yang sewajarnya dicapai,” kata Low dalam satu kenyataan.

Low merujuk kepada pasukan petugas dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.

Pasukan itu menyiasat dakwaan bahawa wang berjumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Lihat Komen
ADS