Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden Majlis Peguam Malaysia berpendapat pengguguran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara bercanggah dengan perlembagaan.

Kata Steven Thiru, jika penamatan khidmat Abdul Gani dibuat atas alasan kesihatan, beliau perlu dirujuk kepada lembaga perubatan untuk penilaian dan bukannya diketepikan begitu saja.

Katanya, proses itu perlu dibuiat kerana Abdul Gani adalah kakitangan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

"Kedudukan Abdul Gani berbeza daripada lantian politik atau ahli parlimen. Disebabkan Abdul Gani adalah peguam negara, beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan," katanya.

Kelmarin peguam negara yang baru Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempertahankan langkah kerajaan menamatkan perkhidmatan Abdul Gani dan menganggapnya tidak melanggar perlembagaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS