Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes ADUN Lenggeng ketepi muflis ditangguh
Diterbitkan:  Jul 31, 2015 2:57 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Mahkamah Tinggi Seremban sekali lagi menangguhkan pendengaran kes ADUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail untuk mengetepikan pengisytiharan muflis terhadapnya.

Peguam C S Murtti yang mewakili Ishak berkata Hakim Datuk Kamaludin Md Said membenarkan penangguhan itu ke satu tarikh baru pada 11 dan 25 Ogos depan.

Penangguhan itu dibuat di dalam kamar hakim bersama peguam yang mewakili kedua-dua pihak.

"Beliau memberi lebih masa kepada kedua-dua pihak untuk berbincang, dalam usaha mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, mahkamah sama membenarkan penggantungan perintah muflis terhadap Ishak, 64, yang dibuat Penolong Kanan Pendaftar mahkamah itu pada 18 Mac lalu selepas Ishak gagal membayar pinjaman ahli perniagaan, Datuk

Misran Sukadi, berjumlah RM2 juta.

- Bernama

Lihat Komen
ADS