Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebagai langkah menghadapi pilihan raya umum akan datang, Umno Lembah Pantai hari ini mengumumkan ganjaran RM10 seorang untuk setiap pengundi baru didaftarkan.

“Tiap-tiap pengundi baru Umno bahagian Wilayah akan bayar RM10 setiap seorang,” kata ketua Umno bahagian itu Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Katanya, langkah itu sebahagian strategi parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mesti diadakan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Bagaimanapun tidak jelas bagaimana perkara itu akan dilakukan memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun menghentikan pendaftaran pemilih baru melalui parti politik.

Setakat ini hanya SPR dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Pendaftaran pemilih baru sebelum ini aktif dijalankan oleh pembangkang.

Nong Chik, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, dalam pilihan raya umum lalu tewas di tangan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Menyentuh perkara itu, beliau berkata telah mengenal pati kelemahan dan kaedah untuk mengatasinya.

“Di Lembah Pantai, saya telah pecahkan tugas-tugas kepada tiga kumpulan. Daripada pengajaran yang lepas, kelemahan-kelemahan kita sewaktu PRU13 ada beberapa aspek yang kita terlepas pandang.

“Kita akan gunakan jentera Puteri dengan dibantu Pemuda serta cawangan-cawangan untuk daftarkan pengundi,” katanya.

Lihat Komen
ADS