Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Dana kami dari derma, potongan gaji
Diterbitkan:  Aug 3, 2015 1:40 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

PKR menjelaskan sumber dananya untuk membiayai operasi parti itu walaupun mengesyaki isu itu ditimbulkan bagi menutup isu berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata operasi harian, termasuk bayaran gaji dan sewaaan pejabat PKR, ditampung oleh potongan gaji 29 anggota parlimen dan 40 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka.

Katanya, wakil rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menyumbang 20 peratus daripada gaji bulanan manakala di negeri lain sebanyak 10 peratus.

“Bagi perbelanjaan lain, PKR mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihan raya.

“Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual,” jelasnya.

'Kalau tolak, jangan tekan Umno'

Bernama semalam melaporkan, rakyat akan mendapat maklumat lebih jelas apabila cadangan mewujudkan semula peraturan menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik diterima, dilaksanakan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan itu juga proses reformasi yang perlu diambil setiap parti bagi menepis dakwaan negatif selain mengembalikan keyakinan rakyat.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata kini terpulang kepada pembangkang sama ada mereka sanggup menyahut cadangan itu ataupun tidak.

"Kalau menolak, jangan tekan Umno untuk dedahkan itu ini. Perbetulkan dahulu parti sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Lumpur semalam.

Najin kelmarin peraturan itu diwujudkan semula untuk memastikan parti politik lebih telus. Cadangan itu dilapor pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP.

Lihat Komen
ADS