Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menyoal siasat Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin berkaitan dengan draf kertas pertuduhan yang didakwa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini berikutan dakwaan sebelum ini bahawa draf kertas pertuduhan berhubung dengan siasatan terhadap SRC International, yang dilaporkan di Sarawak Report, adalah palsu.

"Mereka (polis) membincangkan siasatan mereka untuk mencari dan mengesan pihak yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai draf kertas pertuduhan itu.

"Saya yakin sepenuhnya (kebocoran itu) bukan dari kami (SPRM).

"Mungkin ia (draf kertas pertuduhan) telah diterbitkan semula dan saya sedih perkara ini berlaku," kata Bahri (gambar) kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau sebelum itu telah disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman selama tiga jam di pejabatnya hari ini.

Minggu lepas, draf kertas pertuduhan itu telah disebar secara meluas di media sosial yang mendakwa ia adalah sebab di sebalik penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

Ini mendorong ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah untuk mengeluarkan penafian melalui Twitter sekitar tengah malam.

Beberapa jam kemudian, peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata dokumen itu adalah palsu.

Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas akan diambil.

[Baca berita penuh/asal]

 
 
 

Lihat Komen
ADS