Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khaled Nordin: Rekah Umno dah mula nampak
Diterbitkan:  Aug 4, 2015 2:14 PM
Dikemaskini: 6:27 AM

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin terus tampil dengan gesaan pembaharuan dalam Umno, termasuk keperluan bersuara terhadap amalan rasuah.

Pemimpin Umno itu menegaskan bahawa perjuangan Umno untuk bangsa dan parti dan bukan kepentingan peribadi.

Beliau juga menyeru Umno berubah kepada sebuah parti yang lebih proaktif dan dominan dan berdiam diri atas alasan kesetiaan dan disiplin mentaati pemimpin

“Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati,” katanya.

“Umno tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti.

 

Petikan ucapan YAB MB Johor ketika merasmikan persidangan Wanita UMNO Bahagian Pasir gudang pada 2hb Ogos 2015 di Dewan...

Posted by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on  Monday, 3 August 2015

Khaled berkata demikian ketika merasmikan persidangan Wanita Umno Pasir gudang pada Ahad lalu.

Petikan ucapan itu dimuatkan kembali dan diketengahkan dalam Facebook beliau hari ini.

Kepemimpinan bukan dewa

Khaled antara pemimpin Umno Johor yang dilihat lantang bersuara selepas tokoh timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

Penyingkiran Muhyiddin itu dispekulasi meluas susulan kelantangannya bersuara dalam isu 1MDB, syarikat pelaburan kontroversi negara yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, dalam ucapan itu juga, Khaled berkata Umno harus tampil menyatakan apa yang benarnya terbuku di hati dan kepimpinan harus berlapang dada dengannya.

“Zaman ini bukan lagi zaman di mana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa.

“Sifat dan budaya feudal bukan budaya Umno. Budaya Umno adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah.

“Umno bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Jawatan tidak ada turun menurun.” katanya.

Beliau juga berkata sama ada ada suka atau tidak, orang Umno harus menerima hakikat bahawa parti sedang berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa.

Ia, katanya, bukan lagi krisis persepsi tetapi menular sebagai krisis kewibawaan dan rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan.

Lihat Komen
ADS