Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAHB lantik peguam kaji surat tuntutan AirAsia
Diterbitkan:  Aug 5, 2015 8:34 AM
Dikemaskini: 1:37 AM

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata ia sudah melantik peguam cara untuk mengkaji surat tuntutan AirAsia Bhd serta menasihatkan kumpulan itu terhadap hak dan liabiliti yang berbangkit.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu berkata ia mendapatkan nasihat guaman mengenai kesahan tuntutan AirAsia, haknya dari segi undang-undang, termasuk hak untuk menolak dan/atau membuat tuntutan balas terhadap syarikat penerbangan berkenaan.

"Tertakluk kepada nasihat guaman daripada peguam cara kumpulan itu membabitkan kesahan tuntutan AirAsia dan haknya untuk menolak dan/membuat tuntutan balas, anggaran liabiliti membabitkan RM409.44 jutam termasuk faedah dan kos perundangan," kata MAHB.

Sementara, dalam satu kenyataan, MAHB, pengendali KLIA2), berkata pemantauan berterusan dan konsisten dilakukan bagi menangani sebarang isu operasi menerusi Jawatakuasa Pemeriksaan Bersama (JIC).

Dalam satu kenyataan semalam, MAHB berkata tanggungjawab JIC termasuk pemeriksaan dan pemantauan berterusan kerja-kerja senggaraan yang dirancang dan penambahbaikan apron dan taxiway. 

Jawatankuasa itu, yang telah bermesyuarat 27 kali, dipengerusikan oleh Ketua Kejuruteraan KLIA2 MAHB, dan anggota-anggota lain termasuk Ketua Penolong Pengarah (JA)1 Airport Standards Division dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), dan juga Pengurus Keselamatan Darat dan Pegawai-pegawai Keselamatan syarikat penerbangan AirAsia, AirAsia X dan Malindo.

MAHB berkata jawatankuasa keselamatan yang lain yang sedia wujud ialah Pasukan Keselamatan Landasan Kebangsaan dan Pasukan Keselamatan Landasan KLIA. 

MAHB berkata pengendali lapangan terbang bagi KLIA2 mematuhi standard dan peraturan keselamatan ditetapkan oleh DCA.

"DCA, badan penyelia yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti penerbangan tempatan, mengeluarkan Persijilan Aerodrome untuk KLIA2 sebelum pembukaan rasminya.

"Persijilan Aerodrome mengesahkan bahawa KLIA2, terutama landasannya, apron parkir, taxiway, struktur bangunan terminal dan kawasan sekitar mematuhi peraturan 'International Civil Aviation Organisation (ICAO) Annex 14, Volume 1 dan Airport Standards Directive 103 (ASD 103)," katanya. 

Selain itu, syarikat itu berkata Kementerian Pengangkutan menerusi DCA telah mentauliah dua badan bebas iaitu, IKRAM Premier Consulting dan ICAO bagi

menjalankan penilaian untuk mengesahkan pematuhan KLIA terhadap standard tersebut. 

"Semua langkah di atas merupakan inisiatif kolektif oleh semua pemegang kepentingan lapangan terbang demi menentukan KLIA2 tetap selamat dan sesuai untuk operasi," kata MAHB.

- Bernama

Lihat Komen
ADS