Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rizab Malaysia jatuh bawah $100 bilion
Diterbitkan:  Aug 7, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Rizab antarabangsa Malaysia mengalami kejatuhan ketara bawah paras $100 bilion.

Ia berlaku ketika bank pusat cuba mengurangkan kemerosotan matawang yang paling kurang memberangsangkan di Asia itu di tengah-tengah krisis politik melanda, lapor Reuters .

Rizab matawang jatuh daripada $100.5 bilion kepada $96.7 bilion setakat 31 Julai, kata Bank Negara pada Jumaat.

Rizab itu kini terendah sejak September 2010.

Ia menyaksikan penurunan $10 bilion pada penghujung Mei dan $20 bilion tahun ini.

Bank Negara menjual dolar dan membeli ringgit sejak Jun untuk membendung kejatuhan nilainya, kata peniaga.

Ringgit bagaimanapun turut kira-kira 11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun ini.

Pada hari ini, ia jatuh 0.5 peratus berbanding dolar.

Lihat Komen
ADS