Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini enggan mendedahkan isi kandungan perbincangan beliau dalam pertemuannya dengan bekas seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditemui media hari ini, Razaleih berkata, kedua-dua mereka sekadar berbincang hal peribadi dalam pertemuan pada Selasa lalu.

"Saya berjumpa dengan semua orang," katanya.

Pertemuan dua tokoh berpengaruh dalam Umno itu menjadi perhatian ramai kerana sebelum ini mereka diketahui sering tidak sependapat, terutama selepas pembatalan parti itu pada 1988.

Pernah menjadi menteri kanan dalam kabinet sebelum ini, Tengku Razaleigh - yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li - sering memberikan pandangan tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

Ditanya lebih lanjut mengenai isi perbincangannya dengan Dr Mahathir, bekas menteri kewangan itu berkata: "Ia pertemuan peribadi, anda perlu bertanya pada Dr Mahathir," katanya.

 

Tengku Razaleigh berkata, pertemuan itu berlangsung selepas beliau mendapat jemputan daripada bekas perdana menteri berkenaan.

Katanya, sebelum ini beliau juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Beliau (Najib) menjemput saya, saya pergi dan memberikan pandangan saya," katanya dengan menambah pertemuan berkenaan berlangsung sebelum Aidilfitri lalu.

Tengku Razaleigh memberitahu, beliau memberikan pandangan dan nasihat namun berpendapat tidak wajar butiran pertemuan itu didedahkan kepada umum.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS