Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Abu Kassim ikrar terus siasat SRC Int
Diterbitkan:  Aug 15, 2015 6:22 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar meneruskan siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) selagi beliau berkhidmat dengan agensi berkenaan.

Ia dilaporkan laman sesawang  Sin Chew Daily hari ini.

Ditemui media selepas dibenarkan pulang dari mendapatkan rawatan perubatan di Petaling Jaya hari ini, jaminan Abu Kassim dan komitmen SPRM untuk meneruskan siasatan terhadap SRC dilihat penting ekoran perkembangan yang berlaku baru-baru ini.

Antaranya ialah pertukaran peguam negara serta penahanan hampir 10 anggota SPRM untuk disoal siasat polis.

Abu Kassim menjalani pembedahan untuk merawat masalah sakit belakangnya pada 7 Ogos lalu.

Sepanjang tempoh bercuti, SPRM diketuai timbalan Abu Kassim Datuk Mustafar Ali.

SRC dituduh memindahkan wang RM42 juta ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Najib juga didakwa menerima kira-kira M2.6 bilion "derma" daripada penyumbang di Timur Tengah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS