Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam selar tafsiran hak asasi Najib
Diterbitkan:  Aug 20, 2015 10:54 AM
Dikemaskini: 5:46 AM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyangkal dakwaan kepimpinan negara bahawa hak asasi manusia di Malaysia adalah berbeza daripada versi sejagat.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan hak asasi manusia selaku penandatangan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Deklarasi Hak Asasi dalam Islam, Pertubuhan Negara Islam (CDHRI).

Suhakam, katanya, kecewa dengan pendekatan sempit yang diambil oleh kepimpinan negara untuk mentafsir dan memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat yang sudah lama wujud.

Untuk tujuan penjelasan, katanya, Suhakam menekankan bahawa CDHRI menjamin banyak hak yang sama seperti UDHR, dan pada masa yang sama mengesahkan syariah sebagai sumbernya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hasmy berkata ia menegaskan bahawa 30 Tataurusan UDHR tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Walaupun tidak menyebut nama, ia adalah jelas bahawa kenyataan Hasmy itu adalah sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada hari Selasa.

Di seminar wassatiyah antarabangsa pada hari tersebut, Najib menegaskan bahawa Malaysia mempunyai definisi yang berbeza mengenai hak asasi manusia berdasarkan Islam, yang mesti dipertahankan walaupun ia tidak sepadan dengan versi antarabangsa.

Bercakap dalam forum bertemakan kesederhanaan di Bangi, Najib berkata generasi muda harus dijaga daripada dipengaruhi puak pelampau atau liberal, termasuk kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) dan kumpulan gay, lesbian, dwiseksual dan transgender (LGBT).

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS