Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST akan diteruskan, kata Najib
Diterbitkan:  Aug 20, 2015 1:58 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Putrajaya tetap komited untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi negara.

Najib yang juga menteri kewangan berkata cukai itu sebahagian daripada langkah pembaharuan fiskal untuk mengurangkan defisit negara.

Beliau berkata komitmen itu dibuat susulan mesyuarat kabinet dan pertemuan dengan ahli ekonomi berhubung situasi ekonomi negara dan khusus berkaitan kejatuhan nilai ringgit.

"Kerajaan Malaysia juga komited dalam meneruskan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal, termasuk meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, dan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencapai bajet seimbang menjelang 2020," katanya.

Penegasan Najib itu dibuat sewaktu desakan mengurangkan kadar GSTbagi meningkatkan penggunaan domestik ketika cabaran ekonomi yang semakin meningkat.

Semalam Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya menurunkan kadar cukai itu daripada enam peratus kepada tiga peratus.

Beliau berkata kadar tiga peratus itu dicadang kekal untuk beberapa tahun sehingga rakyat sudah biasa dengan cukai itu.

Lihat Komen
ADS