Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nilai Ringgit paling lemah sejak 1998
Diterbitkan:  Aug 21, 2015 2:26 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

Ringgit jatuh lagi ke tahap paling rendah dalam tempoh 17 tahun ketika pelabur menunggu data-data rizab untuk mendapat petanda sejauh mana usaha Bank Negara mempertahankan matawang itu.

Ringgit jatuh hampir 1.0 peratus kepada 4.1780 untuk setiap dolar Amerika Syarikat (AS), paling lemah sejak 21 Ogos 1998.

Malaysia menambat ringgit pada harga 3.8000 untuk sedolar AS pada September 1998 sehingga 2005.

Malaysia akan mengeluarkan data rizabnya sehingga pertengahan Ogos pada petang ini.

Rizab simpanan Malaysia kini jatuh bawah AS$100 bilion bulan lalu.

Kejatuhan itu dilihat mempunyai kaitan dengan krisis politik, kejatuhan harga komoditi serta pengaruh matawang China.

Asia Tenggara adalah pembekal terbesar gas asli cair dan minyak sawit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS