Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: BERSIH 4.0 bukan pertubuhan berdaftar
Diterbitkan:  Aug 25, 2015 4:27 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati BERSIH 4.0, yang bercadang mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini, bukan sebuah pertubuhan berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata siasatan KDN juga mendapati BERSIH 4.0 bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.

Beliau berkata BERSIH 4.0 juga didapati menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

"Menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, KDN meminta orang ramai supaya tidak hadir dan menyertai perhimpunan pada hujung minggu ini yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS