Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir terkejut tapi janji berkata benar
Diterbitkan:  Aug 27, 2015 12:28 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menyatakan rasa terkejut apabila dilanti k menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan oleh abangnya Datuk Seri Najib Razak.

Namun kata Nazir, beliau akan tetap bersuara menyatakan pandangannya demi kebaikan Malaysia ketika negara melalui era kesukaran ekonomi.

"Sudah menjangkakan ada jawatankuasa baru, tapi bukan saya yang terlibat di dalamnya.

"Bagaimanapun, akan bercakap benar dengan kuasa (yang ada) dan berharap ia akan membantu kerajaan mengemudi ekonomi menghadapi kemelut ini dan mengurangkan keperitan (kesan kelembapan ekonomi),” tulis Nazir di Instagram.

Expected a new committee, but not with me in it! Anyway, will speak truth to power & hope it will help Govt to steer economy through this turmoil, and lessen the pain.

A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Walaupun satu keluarga, terdapat spekulasi mengenai status hubungan di kalangan anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu sejak Februari lalu apabila Nazir dan adik beradiknya mengeluarkan kenyataan bersama seolah-olah menyangkal Najib.

Menjawab kritikan sesetengah pihak, Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini mendakwa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewarisi kekayaan daripada keluarga, menyebabkan Nazir, Johari, Nizam dan Nazim Razak menekankan bapa mereka seorang yang berjimat cermat.

Nazir dan adik beradiknya turut mengingatkan Najib supaya tidak lupa kepada khidmat bapa mereka - Tun Abdul Razak Hussein - serta pengorbanan beliau kepada negara.

Nazir juga pernah mengkritik idea 1MDB ilham abangnya kerana negara sedang bergelut untuk membayar balik hutang sehingga memberi kesan kepada pelabur untuk melabur di negara ini.

Jumaat lalu, Nazir enggan menjawab mengenai abangnya perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS