Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Azmin Ali percaya bahawa perubahan dalam kepimpinan negara akan berlaku pada penghujung tahun ini.

“Pada ketika ini Pakatan Rakyat ada 88 ahli parlimen.

“Jadi kita hanya perlu lagi 30 (wakil rakyat). Insya-Allah sebelum hujung tahun kita akan lihat satu perubahan.

“Dan ini dibenarkan dalam sistem demokrasi,” katanya yang juga timbalan presiden PKR di Shah Alam hari ini.

Azmin berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersedia bekerjasama dengan anggota parlimen BN untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Azmin menegaskan pihaknya sedia bekerjasama dengan semua pihak yang mahukan perubahan.

“Dan saya mengajak ahli-ahli parlimen Umno dan BN supaya mereka bertindak atas keyakinan untuk menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi,” katanya.

Anggota parlimen Gombak itu berkata bawah kepimpinan sedia ada, negara ini tidak berada dalam haluan yang betul.

“Tengok nilai ringgit. Tengok tahap keyakinan. Ini akan menghancurkan negara.

“Sebab itu saya ajak ahli-ahli parlimen Umno dan BN untuk bersama-sama dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan.

Lihat Komen
ADS