Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu diramal landa pantai barat, timur Semenanjung
Diterbitkan:  Aug 31, 2015 9:00 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

Kawasan pantai barat serta pantai timur Semenanjung Malaysia diramal mengalami keadaan jerebu pada tahap sederhana dalam tempoh 24 hingga 48 jam dari sekarang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata imej satelit Hysplit yang diperoleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan asap jerebu dari titik panas di wilayah Sumatera dijangka bergerak merentasi Riau serta Selat Melaka dan seterusnya ke arah pantai timurdalam tempoh dua hari.

Wan Junaidi, menerusi satu kenyataan semalam, berkata keadaan jerebu juga dijangka berlaku di bahagian barat dan utara Sarawak.

Ini disebabkan Hysplit turut mengesan asap jerebu sederhana dari titik-titik panas di Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Barat yangdijangka bergerak ke arah barat Sarawak dalam tempoh 24 hingga 48 jam berikutnya.

"Sementara itu, asap jerebu sederhana dari titik panas di Kalimantan Timurdijangka bergerak ke arah Laut China Selatan merentasi utara Sarawak dalam tempoh 24 hingga 48 jam berikutnya," kata Wan Junaidi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS