Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Abdul Hasan berkata tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke perhimpunan BERSIH 4 di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad didakwa mempunyai agenda peribadi.

Sarajun berkata Dr Mahathir dilihat menggunakan perhimpunan itu kerana mahu melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur dari tampuk pemerintahan negara - seperti mesej yang dibawa oleh penganjur himpunan itu.

"Ini adalah agenda Tun M, satu sebab ia mahu lihat Najib berundur dan kedua, dia mahu BN kembali berkuasa," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kehadiran bekas presiden Umno itu semasa perhimpunan selama 34 jam yang berlangsung pada Sabtu dan semalam.

Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan dengan hadir ke perhimpunan yang dianggap haram itu, pada senja Sabtu dan petang semalam.

Semalam Dr Mahathir berkata kehadirannya pada perhimpunan itu bukan sebagai tanda menyokong BERSIH 4.

Sebaliknya, kata beliau mahu menunjukkan solidariti kepada rakyat yang menggesa Najib meletakkan jawatannya.

"Saya sokong rakyat. Bukan... BERSIH pun rakyat, mereka pun tak suka Najib.

"Ada orang nak bagi buruk nama saya kononnya saya sokong BERSIH. BERSIH pun rakyat.

"Bukan semua pakai baju kuning, ada juga yang tak pakai baju kuning.

"Saya hadir sebagai solidariti kepada rakyat," katanya dalam sidang medianya.

Lihat Komen
ADS