Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR anjur pertandingan foto BERSIH 4
Diterbitkan:  Sep 2, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

PKR menganjurkan satu pertandingan fotografi untuk menangkis “propaganda buruk” kerajaan ke atas perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Pengarah strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,000 itu juga untuk memberi gambaran sebenar suasana dalam perhimpunan 34 jam itu.

“Ini seterusnya dapat menangkis propaganda buruk tentang BERSIH 4 oleh kerajaan BN.

"Perhimpunan ini menggambarkan suasana majmuk rakyat Malaysia yang hidup aman, berbilang kaum dan agama," kata Sim dalam kenyataan.

Tambahnya, pertandingan ini juga diadakan untuk memberi dorongan kepada para peserta yang mungkin akan disiasat kerana menghadiri perhimpunan.

“Kerajaan dilaporkan sekarang ingin menyiasat peserta BERSIH (4) melalui gambar-gambar yang dipamerkan di media sosial.

“Ini adalah satu tindakan penganiayaan terhadap peserta BERSIH 4 yang keterlaluan.

"Pertandingan ini juga adalah keingkaran secara terbuka kepada usaha kerajaan BN untuk menakut-nakutkan rakyat,” kata MP Bayan Baru itu lagi.

Pertandingan yang dijalankan melalui laman Facebook Demi Rakyat itu berakhir pada 16 September.

Lihat Komen
ADS