Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak pernah saya jangka ditentang pendahulu sebegini'
Diterbitkan:  Sep 3, 2015 11:46 AM
Dikemaskini: 4:06 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini 'menyiku' Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata perdana menteri keempat itu tidak lagi mempunyai tanggungjawab untuk memimpin negara.

Justeru, kata Najib, perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu tidak patut lagi mencuri perhatian rakyat negara ini.

“Tidak pernah saya jangkakan pendahulu saya akan menentang saya dengan cara ini,” katanya tanpa menyebut nama secara langsung.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam Simposium Pasaran Modal Sedunia di Kuala Lumpur.

Mahathir melakukan pelbagai cara untuk menurunkan Najib, termasuk hadir dalam perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad lalu.

Mahathir bertindak demikian walaupun beliau semasa 22 tahun pentadbirannya menolak keras perhimpunan jalanan atas alasan kestabilan negara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS