Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Wanita Umno hari ini menyuarakan rasa kecewa mereka dengan tindakan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad hadir ke perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad lalu.

"Tun M (Mahathir) mengajar kita mematuhi undang-undang negara.

“Tun M mengajar kita untuk jauh daripada demonstrasi jalanan.

“Tun M adalah 'sifu' kita. Kita sentiasa mengikuti cakapannya.

"Inilah sebab kita kecewa dengan tindakannya yang hadir ke perhimpunan itu," kata ketua sayap Umno itu Datuk Seri Sharizat Jalil.

Mahathir, pengkritik konsisten pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengejutkan banyak pihak dengan hadir ke perhimpunan BERSIH 4 yang dikaitkan dengan pembangkang.

Hadir pada kedua-dua hari perhimpunan, beliau antaranya berkata perhimpunan jalanan, selain undi tidak percaya di parlimen, satu-satunya cara untuk menjatuhkan Najib dan “menyelamatkan negara daripada perasuah”

Mahathir sepanjang pentadbiran 22 tahunnya sebelum ini memang terkenal dengan sikap menolak perhimpunan jalanan atas alasan kestabilan politik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata Mahathir akan disiasat atas pembabitannya dalam himpunan BERSIH 4.

Ia antaranya susulan dakwaan bahawa pemimpin Umno mengambil rasuah.

Lihat Komen
ADS