Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kamu rasa BERSIH bebas, soal pengerusi SPR
Diterbitkan:  Sep 4, 2015 12:57 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia bekerjasama dengan BERSIH dalam pilihan raya Sarawak jika gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu bebas, kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Kita tidak mahu pemerhati yang tidak bebas,” katanya dalam acara sambutan ulang tahun ke-58 suruhanjaya itu hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau sedia bekerjasama dengan BERSIH dan NGO lain dalam pilihan raya negeri akan datang.

Dalam pilihan raya sebelum ini, SPRM tidak mengiktiraf BERSIH sebagai pemerhati.

“Boleh kamu kata BERSIH bebas? Kamu rasa BERSIH bebas?” soal Abdul Aziz.

Beliau sendiri bagaimanapun enggan mengulas terus terang berhubung status bebas badan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS