Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hishamudin: Saya berbeza hakimi kes Perak, 'Allah'

Krisis kes perlembagaan Perak pada 2009 dan Ketua Paderi Roman Katolik yang mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah "Allah", adalah kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan negara.

Bagaimanapun, bagi bekas hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang tidak pernah menghakimi kedua-dua kes tersebut, keputusan Mahkamah Tinggi bagi kedua-dua kes sepatutnya kekal.

Berdasarkan fakta kes, beliau berkata beliau akan cenderung untuk bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi, kalau dia berada di barisan hakim Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes Perak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan maka pemimpin PAS ketika itu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah menteri besar yang sah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim, yang kini di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, keputusan itu yang telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan mengiktiraf Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Dalam kes ketua Biskop pula, Mahkamah Tinggi pada 2009 memutuskan pengharaman penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald dalam Bahasa Malaysia kerana tidak mengikut perlembagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan itu Hakim Datuk Lau Bee Lan.

Bagaimanapun, seperti dalam kes Perak, keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dengan majoriti tipis 4-3 .

Hishamudin, bagaimanapun, tidak mahu mengulas mengenai satu lagi kes kontroversi melibatkan perbicaraan Liwat II membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia kini dalam kajian.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS