Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasat Najib: Amerika belum berhubung dengan M'sia

Polis Malaysia masih belum dihubungi pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhubung siasatan jemaah juri persekutuan negara itu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pihak lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya juga tidak pasti berkaitan siasatan itu kerana maklumat diterima hanya berdasarkan laporan media.

Beliau berkata, jika siasatan dilakukan sudah tentu polis Malaysia akan dihubungi tetapi perkara itu belum berlaku.

Justeru, sukar untuk beliau mengulas perkembangan itu, tambah Noor Rashid.

New York Times (NYT) semalam melaporkan jemaah juri persekutuan AS sedang meneliti dakwaan rasuah melibatkan Najib dan beberapa individu yang dekat dengannya.

Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan rakan rakan keluarganya.

Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa.

NYT juga melaporkan para penyiasat juga meneliti bayaran AS$681 yang dibuat daripada bank berpangkalan di AS, yang dipercayai dimasukkan ke akaun peribadi Najib di Malaysia.

Jabatan Perdana Menteri tidak mengulas berhubung inkuiri baru itu. Sementara jurucakap Jabatan Keadilan AS enggan mengulasnya ketika dihubungi NYT.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS