Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hak mereka lihat 1,001 motif di balik cadangan saya'
Diterbitkan:  Oct 6, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Abdul Razak tidak akan menutup mulut daripada mengulas isu-isu semasa walaupun ditegur seorang menteri kabinet susulan kelantangannya.

“Ada orang dewasa anggap pandangan saya berkaitan isu semasa tidak sesuai.

“Dan mereka akan lihat pada 1,001 motif di sebalik cadangan saya berkaitan NCC2 dan bukan apa yang saya kata.

“Itu hak mereka,” katanya sambil menegaskan beliau juga mempunyai hak bercakap isu berkaitan politik, ekonomi dan sosial.

Adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata demikian dalam sebuah forum tertutup di Kuala Lumpur semalam. Ucapannya kemudian disiarkan oleh sebuah portal berita.

Nazir sebelum ini mencadangkan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NCC) kedua dibentuk berdasarkan model NCC pada 1970.

NCC pada 1970 dipengerusikan oleh bapanya Abdul Razak Hussain, perdana menteri kedua, untuk memahami masalah-masalah Malaysia dan mencari penyelesaian kepada rusuhan kaum 1969.

Nazir mengemukakan cadangan itu selepas pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan mendesak ahli perbankan itu tidak menggunakan media sosial bagi mencetuskan kebimbangan pasaran.

Nazir membangkitkan beberapa isu penting yang perlu dilihat NCC2, antaranya, pembaharuan perlembagaan dan pilihan raya dan ekonomi, kontrak sosial dan perpaduan negara serta memperkukuh integriti perlembagaan.

Nazir juga mahu mekanisme semak dan imbang antara badan-badan dan institusi kerajaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS