Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafidah: Perunding TPPA M'sia lakukan demi negara

Bekas menteri Umno Tan Sri Rafidah Aziz berkata orang ramai tidak patut mempolitikkan isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) yang disepakati baru-baru ini.

“Jika kita tidak politikkannya, saya nak beritahu, ia akan memberi faedah,” katanya semasa menyampaikan ucapan khas di sebuah persidangan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata pegawai yang dihantar untuk berunding bagi pihak Malaysia daripada kalangan profesional, bukan ahli politik.

Sebagai profesional, kata Rafidah lagi, mereka memahami fakta-fakta berkaitan dan akan dapat berunding dengan lebih baik.

“Mereka lakukan ini untuk kebaikan negara,” katanya.

Selepas rundingan panjang, TPPA disepakati 12 negara di Atlanta, Amerika Syirikat (AS) kelmarin melibatkan AS, Kanada, Jepun, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, Peru, Singapura dan Vietnam.

Perjanjian yang dianggap penuh rahsia sebelum ini, akan dibentangkan di parlimen untuk dibincang.

Pengamatan Bloomberg menjangkakan syarikat milik kerajaan akan menerima kesan buruk akibat TPPA yang memperuntukkan akses sama rata terhadap pemerolehan kerajaan.

Bagaimanapun, agensi berita perniagaan itu meramalkan sektor seperti elektronik, bahan kimia, minyak sawit dan pengeksportan getah sebaliknya akan menerima kesan positif.

Ini kerana, Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan salah satu daripada penanam terbesar getah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS