Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam kutuk penangkapan Chang bawah Sosma
Diterbitkan:  Oct 8, 2015 11:58 PM
Dikemaskini: Oct 9, 2015 1:41 AM

Kira-kira 30 orang - kebanyakannya peguam - hadir di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi malam ini bagi menyatakan solidariti bersama peguam yang ditahan, Matthias Chang.

Dengan diketuai oleh Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru, kumpulan itu menyala lilin untuk membantah penangkapan Chang petang ini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Steven mengecam penahanan Chang di bawah Sosma dan menggesa pihak polis untuk tidak mengganggu dan menakut-nakutkan mana-mana peguam yang melakukan tugas mereka.

Katanya, serangan terhadap mana-mana peguam yang melaksanakan tugasnya adalah satu serangan terhadap Badan Peguam Malaysia.

"Kita tidak akan membiarkan ia berlaku," katanya kepada Malaysiakini malam ini.

Chang telah ditangkap di bawah undang-undang keselamatan itu kerana menemani anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang telah membuat aduan mengenai 1MDB dengan agensi penguatkuasaan di luar negara.

Khairuddin juga ditahan di bawah Sosma, yang memperuntukkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Steven berkata "tidak ada apa asas sekalipun" bagi polis untuk menggunakan Sosma terhadap Chang kerana beliau telah memberi kerjasama dan juga pergi dua kali untuk memberi kenyataan kepada pihak polis.

"Sudah tentu tidak, tidak ada apa asas sekalipun (untuk menggunakan Sosma). Sosma bertujuan untuk sesuatu yang lain - pada dasarnya keganasan - bukan untuk dakwaan membuat laporan polis dan tidak berada di bawah mana-mana kanun keseksaan yang kita tahu. Polis tidak sepatutnya menggunakan Sosma," katanya .

Antara yang hadir ialah bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan; Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; dan peguam hak asasi manusia Latheefa Koya dan N Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai PKR.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS