Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khutbah beri amaran konflik baru ancam kedaulatan Islam
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 1:25 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini memberi amaran berhubung pelbagai konflik baru yang mengancam kedaulatan agama Islam dan keselamatan negara.

Menurut teks khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sekiranya ancaman itu tidak ditangani dengan baik, dikhuatiri ia akan menimbulkan kemusnahan terhadap apa yang dinikmati hari ini.

Tanpa mengulas lanjut, mimbar turut melahirkan kebimbangan tentang wujudnya kelompok tertentu yang berusaha melebarkan ideologi sesat bagi membangkitkan perasaan benci dan permusuhan.

"Kita hidup dalam dunia yang sering menimbulkan pelbagai konflik baru yang mengancam kedaulatan agama Islam dan keselamatan negara. Ancaman ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan kemusnahan atas apa yang kita nikmati hari ini.

"Apa yang membimbangkan terdapat kelompok tertentu yang berusaha melebarkan ideologi sesatnya untuk membangkitkan perasaan benci dan permusuhan," menurut teks khutbah itu.

Sehubungan itu, mimbar menasihatkan, langkah penting seperti pengukuhan sifat sebenar Islam perlu disampaikan kepada masyarakat.

Ia boleh dilakukan dengan memberi penjelasan berterusan tentang fahaman yang bertentangan dengan maqasid syariah (tujuan-tujuan syariah) terhadap masyarakat, kata teks khutbah tersebut.

"Langkah penting seperti pengukuhan sifat sebenar Islam perlu disampaikan kepada masyarakat melalui penjelasan yang berterusan terhadap fahaman-fahaman yang bertentangan dengan prinsip maqasid syariah.

"Secara tidak langsung kita mendidik diri dengan menggayaan ilmu pengetahuan dalam memastikan kesucian Islam terpelihara serta mengekalkan perpaduan sesama kita," katanya.

Khutbah Jakim dibaca di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.

Lihat Komen
ADS