Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Walaupun desakan pemansuhan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dilihat sewaktu himpunan 'Baju Merah' pada 16 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan sekali lagi bahawa sekolah tersebut akan dikekalkan.

"Itu (pemansuhan) bukan dasar BN," katanya yang mengundang tepukan gemuruh perwakilan MCA di Wisma MCA hari ini.

"BN berpegang kepada polisi berdasarkan kepelbagaian kebudayaan, bahasa, bangsa dan agama.

"Saya mahu menegaskan bahawa perkara ini telah diputuskan oleh pemimpin kita sebelum ini.

"Kita telah lama bergerak melalui hala tuju ini, banyak yang kita telah mencapai dalam negara ini," katannya sewaktu merasmikan mesyuarat tahunan MCA di ibu negara hari ini.

Beliau dilihat mengulas perkara yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri liow Tiong Lai dalam ucapannya sebelum itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS