Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan P Pinang nafi potong peruntukan sekolah agama
Diterbitkan:  Oct 11, 2015 7:41 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri itu mengurangkan peruntukan tahunan sebanyak RM1.75 juta untuk sekolah agama.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata hakikatnya peruntukan untuk hal ehwal agama Islam dinaikkan sejak 2008 apabila kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu menguasai Pulau Pinang.

"Sesetengah pihak - yang bersikap perkauman dan ektremis - menggunakan isu agama untuk memfitnah saya dan mencetuskan ketidakharmonian kaum dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, kumpulan politik yang anti-kerajaan Pulau Pinang menyemarakkan sentimen perkauman dan agama untuk menutup RM42 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad.

"Dakwaan skandal kewangan ini cukup membebankan negara dengan Majlis Raja-Raja membuat sejarah mengeluarkan kenyataan supaya tindakan diambil terhadap dalangnya," katanya.

Kenyataan Lim itu bagi mengulas dakwaan termasuk seorang daripada pemimpin Dewan Ulama PAS, yang menggesa beliau menjelaskan mengapa kerajaan negeri didakwa menghentikan bantuan sekolah agama yang dimiliki oleh ahli PAS.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS