Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kegagalan dasar penswastaan punca tol naik
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 5:30 AM

Kenaikan kadar tol yang akan dilaksanakan pada Khamis ini adalah berpunca daripada kegagalan ‘dasar penswastaan negara’ dan janji-janji kosong yang ditabur oleh kerajaan BN, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat pada manifesto pilihan raya BN 2013 bahawa akan berlaku pengurangan secara berperingkat kadar tol antara bandar dalam tempoh lima tahun tidak lain hanya janji kosong untuk meraih undi," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dasar penswastaan BN dan pemberian konsesi lebuh raya kepada syarikat-syarikat kroni tanpa tender terbuka nyata telah gagal.

Menurut Pua yang juda adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, rakyat ditipu supaya menerima skim konsesi tol kerana projek-projek berkenaan bermula dengan janji bahawa kadar tol akan menjadi lebih rendah.

"Kementerian Kerja Raya juga tidak ambil peduli untuk memberikan alasan yang lebih meyakinkan, selain mendakwa jumlah pampasan yang dijimatkan boleh digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang akan memberi kesan berganda kepada ekonomi," kata Pua.

Beliau berkata kenaikan tol juga membuktikan bahawa kerajaan BN tidak berupaya untuk menguruskan kewangan negara.

"Rasuah, pembaziran, ketidakcekapan dan penyelewengan dana negara memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan.

"Di sebalik peningkatan besar dalam pendapatan sejak dua dekad yang lalu kerana ledakan harga petrol, rakyat bukan sahaja perlu membayar lebih tinggi bagi menggunakan lebuh raya tetapi kerajaan persekutuan kini begitu miskin sehingga terpaksa memperkenalkan cukai baru seperti barangan dan cukai perkhidmatan (GST)," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS