Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 11:55 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Keadaan jerebu di seluruh negara terus mencatatkan perkembangan positif dengan kebanyakan kawasan secara konsisten merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan baik setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 35 kawasan mencatatkan IPU sederhana.

Antaranya Bandaraya Melaka yang merekodkan bacaan IPU 95, Bukit Rambai di Melaka (93), Pelabuhan Klang (90), Pasir Gudang, Johor (86) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (82).

Beberapa kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Seremban (76), Seri Manjong di Perak (70) dan Perai di Pulau Pinang mencatatkan bacaan 58.

Sementara itu, 16 kawasan terutama di Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU baik antaranya di Labuan (17), Limbang dan Kapit di Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan IPU 22 dan 23.

Keningau dan Kota Kinabalu di Sabah mencatatkan bacaan IPU baik 27 dan 36, Sandakan (41) dan Tawau 50.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

- Bernama

Lihat Komen
ADS