Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenaikan tol: Pro-Najib salahkan legasi Mahathir
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 2:41 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Seperti serampang dua mata.

Begitu dilihat bagaimana laman pro-Datuk Seri Najib Razak menggunakan isu kenaikan tol di 18 lebuh raya di Lembah Klang sehingga 200 peratus mulai Khamis ini.

Selain mempertahankan kerajaan serta mengalihkan perhatian daripada kritikan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Mahathir sebaliknya dipersalahkan dalam perkembangan terbaru itu.

MYKMU dalam tulisannya mengaitkan tol sebagai legasi Mahathir selain memaparkan makian keras supaya “pemegang konsesi tol perangai macam babi” dikenakan tindakan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dari tangan-tangan terdahulu yang tidak memberi ruang yang banyak untuk bertindak.

“Perjanjian konsesi itu memang direka sedemikian rupa – macam mana cara pun di akhirnya rakyat yang kena.

“Penulis tak payah bersusah payah pun nak kaji satu-satu perjanjian konsesi ini untuk tahu siapa dalang. Kalau konsepnya memindahkan beban kepada rakyat, itu memang bukan kerja orang lain, selain Tun Mahathir – bapa konsesi negara,” tulisan itu dipetik.

Akhbar: Kenapa sekarang?

Mahathir, Muhyiddin dan Tengku Razaleigh Hamzah semalam antara tokoh penting BN yang membuat penampilan mengejutkan dengan tampil bersama mengkritik penggunaan Sosma terhadap pihak yang membuat laporan dalam isu 1MDB.

Sementara itu, MKMU juga berkata Mahathir bertanggungjawab menganjurkan “konsep swasta bina, kerajaan anugerah konsesi, rakyat bayar”.

“Mana-mana Perdana Menteri selepas itu, inilah perjanjian yang mengikat. Mahathir dah pastikan dulu ketika semua perjanjian ini dibuat, syarikat konsesi tidak akan mengalami kerugian.

“Kalau tak rakyat tanggung, kerajaan tanggung (guna duit rakyat jugalah), mana ada ruang untuk rugi?” tulis MYKMU .

Selain itu, akhbar arus perdana Berita Harian juga hari ini mempertikaikan di muka depan akhbarnya berkaitan kenaikan tol yang diumumkan semalam dengan judul “kenapa sekarang”.

Langkah ini jarang-jarang berlaku terhadap akhbar yang dikaitkan dengan kawalan kerajaan itu.

Ia antaranya memaparkan tinjauan awam yang menolak kenaikan itu atas alasan membebankan, terlalu drastik serta berkadar tinggi.

Lihat Komen
ADS