Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi belum putuskan bagi bentang bil hudud sekali lagi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum memutuskan sama ada akan membuat permohonan baru bagi bagi pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Peguamnya, Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga adalah Setiausaha Agung PAS berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya sama ada Hafi akan mengemukakan usul baru pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Tidak, setahu saya. Sebagai peguamnya, saya tidak mempunyai maklumat. Sebagai setiausaha agung parti, bukan buat masa ini.

“Kami belum putuskan sama ada untuk memfailkan usul baru atau tidak. Buat masa ini tidak ada sebarang niat, “ katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, mahkamah hari ini menetapkan 9 November ini bagi keputusan permohonan Hadi dan empat lagi untuk membatalkan saman pemula empat individu yang mencabar usul itu di Parlimen.

Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang cuba dibentangkan menurut saman pemula itu, bukan sahaja didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, malah dianggap mengelirukan bahkan dikatakan suatu cubaan untuk memperluaskan kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tanpa batasan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam utama, Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Hadi di kamar hakim.

Lihat Komen
ADS