Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita rempuh kereta polis sebab 'kelabu, tak nampak'
Diterbitkan:  Oct 13, 2015 5:24 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Sejurus selepas merempuh kereta polis, wanita yang memandu kereta berkenaan bergegas keluar dan kata-kata pertama dilafazkannya kepada pegawai yang ada di dalam kenderaan itu ialah: "Maaf, kereta anda berwarna kelabu. Saya tak nampak".

Menurut pegawai polis Kuwait, ia adalah alasan paling pelik pernah mereka dengar daripada pesalah trafik.

Bagaimanapun alasan itu gagal menyelamatkan wanita tersebut daripada dikenakan denda.

Kisah berkenaan kemudian tersebar di Internet dan menjadi bahan jenaka di kalangan orang ramai.

Seorang wanita Kuwait yang hanya dikenali sebagai Bashayer berkata pemandu kereta itu mesti terlalu leka dengan media sosial sehingga terlanggar kereta peroda polis.

"Dan daripada media sosial mungkin dia mendapat ilham memberikan alasan menyalahkan warna kereta polis," katanya.

Seorang pengguna Facebook pula berkata, pemandu yang tidak didedahkan identitinya itu perlu memintaa maaf kerana tersalah sangka kereta polis itu sebagai tikur gergasi.

Sementara itu ramai pengguna Internet menggesa polis Kuwait menukar warna kereta peronda di negara itu daripada kelabu kepada merah jambu untuk memudahkan pemandu wanita melihatnya dari jauh.

Lihat Komen
ADS