Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menjelang kadar baru esok, bantahan kenaikan kadar tol hari ini berlangsung di beberapa tempat di Lembah Klang.

Di lebuh raya Guthrie, dekat Stadium Shah Alam, sekumpulan anggota PAS berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kenaikan tol di 18 lebuh raya sehingga 200 peratus.

Walaupun jumlah kehadiran tidak besar, kelihatan pengguna jalan raya membunyikan hon tanda sokongan mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam Mohd Huzaifah Mokhtar berkata walaupun mungkin bantahan itu tidak mengubah keputusan kerajaan, mereka berharap dapat memberi kesedaran kepada rakyat berhubung isu itu.

"Mungkin apa yang kami lakukan hari ini tidak cukup namun kami akan adakan pertemuan bagi tindakan lanjut agar kita dapat mengubah keadaan ini.

"Kita sudah pun menghadapi isu-isu yang memeritkan rakyat seperti GST (cukai barangan dan perkhidmatan), 1MDB, TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) yang masih berteka-teki.

“Jadi, hari ini kita menyatakan bantahan terbaru terhadap kenaikan tol," katanya kepada pemberita.

PAS Selangor turut merancang beberapa siri bantahan di tempat lain seperti DUKE, lebuh raya Kajang Silk.

DAP juga menganjurkan bantahan mereka di lebuh raya Damansara-Puchong di tol ke arah Sunway yang turut dihadiri oleh anggota parlimen kawasan itu Gobind Singh Deo.

Demo 'sambut' kenaikan tol esokhttp://www.malaysiakini.com/news/315755

Posted by Malaysiakini (BM Version) on Wednesday, 14 October 2015

Lihat Komen
ADS