Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan biar media bicarakan 1MDB, kata Najib
Diterbitkan:  Oct 21, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta suapaya siasatan 1MDB diteruskan dan tidak terganggu dengan ‘perbicaraan’ oleh pihak media.

Beliau memberi jaminan bahawa langkah-langkah sedang diambil untuk menangani isu syarikatb pelaburan negara yang sarat hutang itu katanya, tindakan akan diambil jika ada salah laku.

"Langkah konkrit sedang dilaksanakan bagi menangani isu-isu ini, termasuk pelan rasionalisasi yang akan menurunkan paras hutangnya.

"Jika (pelan rasionalisasi) dibenarkan berjalan tanpa halangan, ia akan membolehkan syarikat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran tunai," katanya pada Forum Transformasi Global, di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan baru-baru ini, 1MDB berkata pelan rasionalisasi sedang dilaksanakan, seperti dirancang.

Asas pelan itu antara lain, termasuk 'hutang untuk tukaran aset' dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), jualan ekuiti dalam Edra Energy, jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, jualan tanah di TRX dan pelupusan aset bukan teras.

Keuntungan daripada pelan rasionalisasi ini dikatakan mampu mengurangkan hutang 1MDB, ke tahap mampan dan boleh diurus menjelang suku keempat 2015.

Najib dalam ucapannya juga berkata semua pihak perlu menunggu hasil siasatan, dan jika ada bukti salah laku, beliau memberi jaminan akan memastikan bahawa tindakan paling tegas akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab.

"Dari segi dakwaan salah laku, ada banyak siasatan dilakukan, termasuk di Malaysia yang saya sendiri arahkan.

"Daripada membiarkan media membicarakannya, kita mesti tunggu hasil siasatan dan jika terbukti berlaku salah laku, saya beri jaminan bahawa tindakan yang paling keras akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS