Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Api dalam sekam' cuba musnahkan negara, kata Najib
Diterbitkan:  Oct 23, 2015 7:47 PM
Dikemaskini: 11:50 AM

Pembentangan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang tadi penuh dengan sindiran terhadap apa yang didakwanya sebagai "musuh dari dalam dan luar" yang cuba memusnahkan imej negara.

“Lalunya, berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina Malaysia tercinta ini.

“Kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita amat-amat kesal, dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam, mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini,” katanya.

Beliau seterusnya membidas perbuatan segelintir pihak berkenaan yang menurutnya cuba memporak-perandakan negara sehingga hampir memusnahkan apa yang terbina selama ini.

“Waima, wujud sesetengah orang, yang kita sendiri kadang-kadang tidak tersangka-sangka, atau terduga-duga, ibarat api di dalam sekam, menjadi gunting dalam lipatan,” katanya dengan sinis tetapi tidak menamakan sebarang individu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah pengkritik lantang 1MDB syarikat yang diilhamkan oleh Najib tetapi kini sarat hutang.

Kedua-dua mereka disingkirkan dari kabinet pada Julai lalu oleh Najib yang juga memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada hari yang sama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong Najib juga menjadi semakin lantang bersuara mengenai kekecewaannya dengan perdana menteri sejak akhir tahun lalu.

Mengulas sindiran dan pelbagai simpulan bahasa yang digunakan Najib dalam ucapannya, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam tweet berkata nama sepatutnya menamakan individu berkenaan.

"Gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut. Banyak sangat peribahasa, sebut sahaja nama Mahathir,” tulisnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS