Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak petang ini adalah untuk menutup pelbagai skandal yang dihadapi oleh kerajaan.

Beliau yang juga ahli parlimen Bagan mendakwa langkah yang diumumkan kerajaan tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat termasuk menyelesaikan skandal 1MDB dan menjawab derma RM2.6 yang didepositkan ke akan peribadinya.

"Ini adalah bajet untuk menutup skandal sahaja. (Bajet itu) tidak akan bawa kesan yang jangka panjang kepada rakyat. Yang kita nak tengok adalah GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dihapuskan.

"Mansuhkan GST, selesaikan masalah 1MDB dan derma RM2.6. Jawab dengan telus untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya selepas pembentangan bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat.

Lim berkata Najib sepatutnya menjawab skandal yang dihadapinya demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya termasuk mengukuhkan nilai ringgit yang jatuh yang anggap sebagai "kerugian yang sebenarnya".

Setiausaha Agung DAP itu menjawab soalan pemberita berhubung sejumlah peruntukan yang diberikan kepada di Sabah dan Sarawak dalam Bajet yang bertemakan 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Lim berkata Najib tidak membuat pengumuman mengenai langkah membaiki kejatuhan nilai ringgit, memansuhkan tol, mengurangkan harga minyak dan sekali gus menghapuskan GST bagi mengurangkan kesan terhadap rakyat.

"Tidak ada pengumuman mengenai langkah untuk mengukuhkan mata wang. Saya rasa bajet di mana ' goodies ' tertentu diberikan, tetapi tidak menyelesaikan isu utama," katanya.

Mendakwa peruntukan Najib terhadap Sabah dan Sarawak sebagai "cubaan membeli undi dan memenangi pilihan raya", Lim berkata Najib juga tidak mengumumkan langkah kerajaan untuk menangani rasuah.

"Ini bukan bajet yang mengejutkan kerana ada ' goodies ' diberikan. Dan tiada langkah bagaimana mana untuk menangani rasuah.

"Akhirnya GST tidak dimansuhkan dan (beliau) tidak bercakap mengenai bagaimana langkah diambil untuk menyelesaikan masalah nilai mata wang," katanya.

Nilai ringgit?

Sementara itu, MP PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut bersependapat dengan Guan Eng berhubung ketiadaan langkah kerajaan untuk menyelesaikan kejatuhan nilai ringgit.

"(Dalam) bajet ini, saya tidak nampak, ia tidak membatu melonjak kembali nilai ringgit, melainkan Najib (perlu) melepaskan jawatannya minggu ini.

"Saya percaya, itu akan dapat memberi nafas baru kepada ringgit dan ekonomi," katanya.

Lihat Komen
ADS