Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib lawan Ling: Mahathir jadi saksi utama?
Diterbitkan:  Oct 30, 2015 4:54 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

Persoalan besar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyaman bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik kerana memfitnahnya sudah terjawap.

Kini timbul pula soalan, kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memberi keterangan sebagai saksi utama dalam kes tersebut.

Apabila diajukan dengan soalan ini, peguam Ranjit Singh yang mewakili Ling berkata masih terlalu awal untuk membuat ulasan.

"Biar saya kaji surat (saman) dahulu dan sediakan pernyataan pembelaan Ling, "katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Ranjit juga mengesahkan bahawa writ saman Najib telah diterima oleh firma guamannya.

Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 26 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk John Louis O'Hara.

Najib memfailkan saman itu pada Selasa lalu melalui firma Hafarizam, Wan Aishah dan Mubarak, terhadap Ling, seorang menteri kabinet yang berkhidmat semasa pentadbiran Mahathir kerana mendakwa dana awam disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

Najib mendakwa bahawa kata-kata Ling memberi maksud beliau menyalahgunakan kuasanya, tidak layak menjadi pemimpin, terbabit dalam skandal kewangan dan tidak layak menjadi pengerusi BN.

Katanya, perkataan yang digunakan juga mendakwa beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menyalahgunakan dana kerajaan yang dimiliki 1MDB serta mengkhianati kepercayaan rakyat dengan menyalahgunakan kedudukannya.

Najib menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS