Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Air percuma terus, tiada lagi catuan di Selangor

Kerajaan Selangor komited meneruskan komitmen meneruskan program air percuma pada tahun 2016 dengan belanja RM170 juta.

Bagaimanapun, Menteri Besar Azmin Ali menasihatkan rakyat Selangor agar membudayakan amalan pemuliharaan air dalam kehidupan seharian.

Anggota Parlimen Gombak itu berkata, statistik semasa mendapati kadar penggunaan domestik air sebanyak 236 liter untuk setiap orang sehari.

Kata Azmin, kadar itu sangat tinggi berbanding kadar penggunaan di Singapura yang hanya sebanyak 170 liter per orang sehari.

Sementara itu, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut mengumumkan berita baik bahawa tiada lagi catuan bekalan air akan berlaku di negeri itu.

Katanya, semua itu susulan kejayaan merungkai kemelut panjang penswastaan industri perkhidmatan air yang membolehkan negeri itu memiliki semula industri ini.

Ia juga,kata Azmin, membolehkan industri perkhidmatan air disusun semula ke arah perkhidmatan yang menyeluruh berteraskan dan berkesan dan menjimatkan kos.

“Mulai 15 Oktober, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dengan rasminya mengambil alih pengurusan operasi Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd dengan kejayaan ini, Insya-Allah, tidak akan berlaku lagi catuan bekalan air di Selangor," katanya.

Lihat Komen
ADS