Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi padah gambar Najib timpa berita Cina RTM
Diterbitkan:  Oct 30, 2015 5:21 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Berita Mandarin RTM menerima satu lagi tamparan apabila laporan dibuat tanpa sebarang sarikata tajuk utama bahasa Cina.

Bermula semalam, pembaca berita Mandarin terpaksa menyampaikan berita tanpa sebarang visual sokongan.

Pada tengah hari tadi pula program berita 20 minit itu disiarkan dengan tajuk berita dalam bahasa Melayu sahaja.

Lazimnya, tajuk-tajuk utama disiarkan dalam dua bahasa - Mandarin dan Melayu.

Setakat ini, tiada sebab yang diberikan berhubung 'hukuman' berkenaan tetapi sumber yang rapat dengan industri televisyen menafikan ia berpunca akibat masalah teknikal.

Malaysiakini semalam melaporkan penyampai berita Mandarin RTM terpaksa menyampaikan berita tanpa sebarang visual sokongan selama 20 minit.

Ia dikatakan kerana memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama hiasan grafik berkaitan 1MDB yang dikatakan tidak sesuai.

Ketua berita Mandarin RTM Tan Lee Won mengesahkan kepada Malaysiakini semalam berhubung arahan supaya visual sokongan tidak digunakan.

Menurut sumber, ‘hukuman’ itu ada kaitan dengan siaran berita jam 8 malam, Selasa lalu yang didakwa memaparkan gambar Najib yang dikatakan tidak sesuai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS