Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dengan atau tanpa PAS, Pakatan Harapan tolak bajet
Diterbitkan:  Nov 2, 2015 5:58 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Pakatan Harapan hari ini menegaskan ia akan tetap dengan pendirian meneruskan untuk menolak Belanjawan 2016 dan meneruskan usaha usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi kami, kedua-dua perkara, iaitu menolak belanjawan dan usul undi tidak percaya merupakan tugas moral ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia.

“Ini kerana kepimpinan Najib kini terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal termasuk 1MDB dan derma yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri yang membawa kemudaratan kepada negara dan rakyat,” kata Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS mengambil langkah berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti itu adalah bagi menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan membantah perkara-perkara negatif.

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz pula menjelaskan bahawa 14 ahli parlimen parti itu akan berkecuali kerana walaupun mereka mentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.

Ahli Parlimen Pokok SenaDatuk Mahfuz Omar, bagaimanapun berkata, beliau masih belum menerima apa-apa arahan rasmi mengenai perkara itu.

PAS diketepikan daripada pakatan pembangkang yang baru itu selepas bertelagah dengan DAP sehingga membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS