Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Australia perketat keselamatan bekas komando Sirul Umar
Diterbitkan:  Nov 3, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 4:07 AM

Kawalan keselamatan untuk bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang ditahan di pusat tahanan Australia diperketatkan berikutan kebimbangan bahawa dia akan dibawa ke Malaysia untuk menjalani hukuman mati.

Pihak berkuasa penjara Australia bertindak sedemikian selepas lawatan delegasi yang terdiri daripada ibu dan kakak Sirul Umar serta ahli parlimen pembangkang Datuk Mahfuz Omar di Pusat Tahanan Villawood, Sydney pada Mac lalu.

Akhbar harian The Australian melaporkan langkah-langkah keselamatan tambahan dikuatkuasakan di sekitar Sirul Umar yang dianggap sebagai tahanan berisiko tinggi kerana pembabitannya dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 18 Oktober 2006, di Shah Alam.

Warga Mongolia itu dilaporkan mempunyAI hubungan sulit dan adalah kekasih Abdul Razak Baginda, pembantu kanan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Razak didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dibebaskan kemudiannya.

Lawatan itu diluluskan oleh Serco, kontraktor yang bertanggungjawab menguruskan pusat tahanan Australia. Ketika itu, pusat berkenaan adalah di bawah kawalan Jabatan Imigresen.

The Australian melaporkan bahawa pasukan tentera sempadan Australia mendapat tahu mengenai lawatan itu selepas ia berlaku dan difahamkan mereka cemas bahawa Sirul Umar mungkin terdedah kepada ugutan atau paksaan.

Walaupun pegawai di Australia memahami niat lawatan itu pada Mac lalu, namun mereka, bimbang bahawa tujuannya adalah untuk menggalakkan Sirul Umar pulang ke Malaysia, di mana beliau berdepan hukuman gantung sampai mati.

Menurut akhbar itu, terdapat kebimbangan bahawa Sirul Umar atau ahli-ahli keluarganya akan tertakluk kepada ugutan, ancaman atau kecederaan fizikal jika akses ke atas dirinya tidak dikawal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS