Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin pelajar Fahmi Zainol masuk PKR
Diterbitkan:  Nov 3, 2015 1:57 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

PKR mengumumkan kemasukan dua aktivis mahasiswa Fahmi Zainol dan Adam Fistival Wilfrid ke parti itu.

Kedua-dua mereka antara yang dikenakan tindakan oleh Universiti Malaya (UM) kerana menganjurkan program melibatkan pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Oktober tahun lalu.

Naib presiden PKR yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar berkata kemasukan mereka mewakili suara "anak muda yang dahagakan kebebasan" di universiti.

“Kami yakin, penyertaan Fahmi Zainol dan Adam Fistival Wilfrid pada hari ini bakal menjadi pemangkin ke arah kesedaran anak muda akan kepentingan mengambil peduli isu-isu politik dan isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat secara amnya, tanpa mengira agama atau warna kulit,” katanya.

Fahmi, bekas presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), akan dilantik sebagai pengerusi Biro Mahasiswa PKR, dan Adam pula akan dilantik sebagai koordinator myChangeMakers.

MyChangeMakers sebuah program mengumpul tenaga muda untuk bertugas di lapangan bagi membantu rakyat terbanyak menerusi kerja komuniti.

Membangkitkan pemotongan peruntukan terhadap UM hasil pembentangan belanjawan sebelum ini, Izzah berkata kedua-dua mereka akan memperkukuh komitmen PKR memperjuangkan hak mahasiswa.

Izzah mengingatkan tentang “balasan” diterima UM setelah menjadi satu-satunya yniversiti yang mendapat tempat dalam senarai 150 tapak pertama bagi Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.

“UM menaiki lima tangga ke tempat ke-146 dari tempat ke-151 pada tahun 2014.

“Balasan kerajaan BN terhadap pencapaian UM adalah dengan memotong peruntukan sebanyak 27 peratus untuk 2016 berbanding tahun lepas,” katanya.

Lihat Komen
ADS