Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) hari ini membuka laluan tambahan yang dibina dengan anggaran kos RM120 juta bertujuan mengurangkan masalah trafik ketika waktu puncak.

Menurut kenyataan syarikat konsesi Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas), laluan tambahan itu menyambungkan 'deck' sedia ada dari Km 4.6, persimpangan Jalan Jelatek sehingga Km 6.0, persimpangan Jalan Hulu Klang menghala ke kawasan Ampang.

Ia menyediakan laluan tiga lorong sepanjang 1.4 km.

"Dengan kemudahan terbaru ini, dijangka 35 peratus masalah trafik ketika waktu puncak akan dikurangkan," kata syarikat itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS