Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP minta k'jaan dengar rintihan, kekecewaan pesawah

Gooi Hsiao-Leung (PKR-Alor Setar) meminta kerajaan mendengar rintihan dan kekecewaan rakyat berhubung isu harga padi susulan daripada dua inisiatif yang diperkenalkan kerajaan kepada pesawah padi dalam Bajet 2016.

Membahaskan Bajet itu di Dewan Rakyat, beliau berkata rakyat sebenarnya memohon harga padi ditetapkan mengikut harga lantai dan bukannya harga siling, demi meningkatkan pendapatan mereka sewaktu menjual padi di kilang.

Menurutnya, warga petani kecewa dengan inisiatif Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi yang menyeragamkan harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik.

"Ini amat mengecewakan. Program ini dilancarkan pada tahun lepas tetapi masih masuk dalam Bajet tahun ini. Itu yang saya tak faham.

"Apa yang pesawah ini inginkan, adalah untuk (kerajaan) menetapkan satu harga lantai, bukan harga siling supaya mereka boleh mendapat harga penjualan yang lebih baik," katanya.

Pada masa yang sama, pemimpin PKR itu membidas slogan kerajaan yang sebelum ini yang sering memuji untuk membantu pesawah dengan "setiap titik peluh bernilai seperti intan".

"Tetapi apa yang berlaku pesawah masih lagi susah, miskin, dan diabaikan oleh BN. Hanya kroni sahaja yang diberikan layanan istimewa oleh kerajaan," katanya.

Beliau turut membidas ucapan bajet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pendapatan kumpulan itu akan meningkat selepas menepati kualiti pemutuan dihadkan 20 peratus pemotongan padi.

"Ini mengelirukan. Sebelum harga ini ditetapkan pesawah Kedah dan Perlis menjual RM1,100 satu tan dengan potongan 18 peratus.

"Tetapi harga baru dimasukkan dan diperkenalkan Bernas, telahpun meningkatkan kadar pemotongan kadar 20 peratus hingga 24 peratus. Di Kelantan lebih tinggi dari 26 hingga 30 peratus.

"Permintaan petani tetapkan harga siling dan tetapkan potongan dengan kadar 18 peratus," katanya.

Lihat Komen
ADS