Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan Ulama tunjuk jalan keluar pada Husam
Diterbitkan:  Nov 11, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:11 AM

Ekoran kelantangannya mengkritik presiden PAS, Dewan Ulama parti itu menyarankan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa keluar parti.

Ketua dewan itu a Datuk Dr Mahfodz Mohamed ( gambar ) malah mencadangkan Husam menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), lapor Sinar Harian .

“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?" beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

“Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam AMANAH.”

Husam pada 6 November lalu mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengaku cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Sebagai reaksi, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kemelut dalaman yang melanda parti Islam itu kini bukan disebabkan Hadi.

Sebaliknya, kata Amar, ia berpunca daripada sikap anggota parti itu sendiri terutama pemimpin yang tewas dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu.

Umno Selangor pula menafikan dakwaan itu selain mempersoalkan logik dakwaan Husam itu.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berkaitan gesaan Dewan Ulama PAS supaya beliau keluar parti itu.

Lihat Komen
ADS