Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bagaimana jika rakyat mahu Najib kekal sebagai PM?
Diterbitkan:  Nov 11, 2015 4:48 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengambil kira hakikat bahawa rakyat mahu menyimpan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir awal hari ini bahawa dirinya hanya mahu menyingkirkan Najib tetapi membiarkan rakyat untuk menentukan perkara lain, termasuk sistem yang mereka mahu.

"Oleh kerana Dr Mahathir mahu rakyat untuk menentukan masa depan sendiri, bagaimana jika mereka memutuskan masih mahu Najib sebagai perdana menteri?

"Bersediakah Mahathir untuk bersetuju?

"Walaupun beliau sedia membenarkan rakyat membuat keputusan berhubung sistem yang mereka mahu, Mahathir mahu menentukan siapa yang patut menjadi perdana menteri dan tidak membenarkan rakyat untuk membuat keputusan itu," kata Salleh dalam blognya hari ini.

Menurut Salleh, Mahathir mempunyai 22 tahun sebagai perdana menteri untuk memutuskan apa jenis sistem beliau mahu tetapi tidak berbuat demikian.

Beliau juga membidas cadangan Mahathir supaya sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih berumur bagi membimbing perdana menteri dalam menerajui kerajaan ditubuhkan.

"Selepas lebih tujuh tahun, beliau mahu melaksanakannya walaupun sistem itu tidak terdapat dalam perlembagaan mahupun sistem Westminster pentadbiran kerajaan," katanya.

Awal hari ini, Mahathir membidas kenyatan Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan yang menggesa masyarakat sivil untuk bekerja dengan Mahathir jika beliau benar-benar mahu mengubah sistem dan menyingkirkan Umno.

Sebaliknya, Mahathir mengakui keutamaan beliau adalah untuk menukar Najib sebagai perdana menteri dan bukannya Umno, mahupun sistem kerajaan.

Lihat Komen
ADS